Friday, July 4, 2008

Huruf Jar

بسم الله الرحمن الرحيم

حرف الجر (Bahagian Pertama)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada bab kali ini saya akan membawa sedikit perbahasan mengenai huruf jar. Bab huruf jar merupakan satu bab yang boleh dikatakan panjang perbincangannya. Ini kerana (huruf) di sisi ulama nahu tidak mempunyai makna yang tersendiri, jadi huraian mengenai makna bagi huruf-huruf ini bukan satu perkara yang ringkas. Makna bagi setiap huruf ini akan berubah-ubah mengikut kedudukannya dan dipengaruhi oleh perkara yang berada di sebelumnya atau di selepasnya. Saya belum lagi bersedia dalam membahaskan bab ini secara panjang lebar, namun saya cuba dalam memberi penerangan serba sedikit mengenai huruf jar sebagai pengenalan bagi kita :-

- Nama lain bagi huruf jar adalah huruf khofad (حرف الخفض)

- Disebut di dalam kitab جامع الدروس العربية ada 20 huruf jar kesemuanya namun yang masyhur bagi kita ada 8 iaitu من ، إلى ، عن ، على ، في ، رب ،الباء ، الكاف ، اللام. Dan penerangan ringkas saya hanya berlegar di sekitar 8 huruf ini sahaja.

- Adapun huruf jar ini dihukumkan sebagai mabni (iaitu kekal baris akhirnya) dan bukannya mu'rob (iaitu yang berubah baris akhir).

- Huruf jar hanya boleh dimasukkan kepada isim. Namun ada sesetengah keadaan kita lihat huruf jar bergabung dengan fe'el. Dalam keadaan ini nampak pada zohirnya sahaja, dari segi taqdirnya berbeza sama sekali. InsyaAllah, akan ada perbahasannya pada masa akan datang.

- Dinamakan ia sebagai huruf jar kerana huruf-huruf ini meng"jar"kan isim yang selepasnya dan isim tersebut kita i'robkan ia sebagai isim majrur.

Contoh : في البيت
- في = حرف جر مبني على السكون
- البيت = مجرور بـ"في" و علامة جره كسرة ظاهرة في آخره


- Makna-makna yang boleh kita berikan kepada 8 huruf-huruf jar :-

* من
-الابتداء iaitu permulaan sama ada pada zaman (لغاية الزمانية) atau tempat (لغاية المكانية)
م : سافرت من القاهرة
maksudnya : aku telah bermusafir bermula dari Kaherah.

- التبعيض iaitu sebahagian
م : منهم يأكلون ومنهم يشربون

-البدل iaitu ganti

#InsyaAllah akan saya sambung perbahasan 7 huruf seterusnya pada sambungan yang akan datang.

Disediakan oleh :
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin

0 comments: