Tuesday, August 4, 2009

I'rob jamak muzakkar salim

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam posting berkaitan nahu kali ni, kami nak ceritakan tentang i'rob jamak muzakkar salim.

Ciri2 jamak muzakkar salim adalah ianya menunjukkan bilangan 3 atau lebih. Ditambahkan wau dan nun daripada isim mufrod. Contohnye : مسلم menjadi مسلمون .

Adapun wau nun ni pada keadaan rofa'nya iaitu ketika dii'rob dengan rofa', jikalau ia berubah menjadi mansub atau majrur maka diubahkan wau nun itu menjadi ya nun. Contoh :

ذهب المسلمون إلي المسجد ketika ini kalimah jamak muzakkar salim iaitu muslimun pada kedudukan fail marfu' maka ia diirob dengan wau. Kerana wau adalah tanda bagi jamak muzakkar salim ketika rofa'. Jika berubah kedudukan kalimah jamak muzakkar (muslimun) kepada mansub atau majrur maka berubah tanda irobnye dan dibaca (muslimin). Contoh :

أحب الله المسلمين المؤمنين kalimah jamak muzakkar (muslimun) tadi ditukar wau nya menjadi ya dan dibaca (muslimin) di dalam ayat ini, kerana ketika ini tanda yang layak bagi jamak muzakkar adalah ya bukan lagi wau. Ini kerana kalimah jamak muzakkar (muslimin) terletak pada kedudukan maf'ul mansub, maka mesti ditukar alamat irob kerana berubah kedudukan i'robnya.

Kesimpulan yang kita dapat simpulkan adalah alamat rofa' bagi jamak muzakkar adalah wau dan alamat nasobnye dan jarnya adalah ya.

Inilah sedikit pengetahuan yang dapat kami kongsikan. sekian, wassalam.

Disediakan oleh.
Os

I'rob Musann

Bismillah

Assalamualaikum.. Pada bahagian Nahu kali ni, kami akan bentangkan serba sedikit mengenai Musanna. Penerangan ringkasnya seperti berikut :-

- Musanna adalah kalimah yang membawa maksud bilangan dua. Contohnya كتابان iaitu dua buah kitab.

-Alamat musanna secara mudahnya adalah ((alif dan nun)) atau ((ya dan nun)) yang ditambah pada akhir kalimah mufrod (mufrod = kalimah maksud satu).
contohnya : Mufrod = مكتب , Musanna مكتبان@مكتبين

- Perbezaan ((alif nun)) dan ((ya nun)) adalah mengikut kedudukan i'rob (موقع الإعراب).

- Alamat I'rob bagi Musanna,
  • Rofa' = alif : جلس الرجلان
  • Nasob = ya : ضرب كريم الغلامين
  • Jar = ya : مررت مع الطابين

Moga Allah berkati kita semua.
Sekian, wassalam

Disediakan oleh :
Os

Saturday, April 11, 2009

Jumlah (ayat)

Assalamualaikum..

Jumlah (ayat) di dalam kaedah nahu bahasa Arab tidak akan lari dari 2 perkara, iaitu Jumlah Ismiyyah dan Jumlah Fi'liyyah. Pada bahagian Nahu kali ini, ingin saya berkongsi sedikit bersama peminat Nahu dalam mengi'rob. Ilmu ini saya dapat ketika membaca kitab Nahu Syafi.

Penerangan ringkas seperti berikut :
JUMLAH ISMIYYAH
- Dimaksudkan dengan Jumlah Ismiyyah adalah ayat yang dimulakan dengan Isim.

Contohnya ; زيد طالب
- Dalam JI ada 2 perkara penting iaitu Mubtada' dan Khobar. Walau panjang mana suatu jumlah tersebut kalau ianya Jumlah Ismiyyah maka ia pasti ada mubtada' dan khobar. Tidak kiralah sama ada zohir atau taqdir mahupun muqaddam atau muakhkhor.

- Contoh :
هذا الكتاب جديد
بيت علي لونه أزرق
زينب ذهبت إلى مدرسة
كتاب الجنائز


- Jadi apabila kita berdepan dengan Jumlah Ismiyyah pastikan kita mencari dahulu yang mana Mubtada' dan Khobarnya supaya memudahkan i'rob.

JUMLAH FI'LIYYAH
- Secara mudah dimaknakan Jumlah Fi'liyyah ini adalah jumlah (ayat) yang dimulai dengan fi'il. Contoh : نام عمر

- JF terdiri dari 2 perkara asas iaitu {{ Fi'il dan Fai'l }} atau {{ Fi'il dan Naib Fai'l }}. Jadi 2 unsur asas ini pasti ada di dalam JF tidak kira samada masbut atau mahzuf, ataupun secara zohir dan taqdir.

- Contoh :
قرأ زيد الدرس
صام الأستاذ يوم الإثنين
جلست على الكرسي


- Seperti JI, untuk memudahkan i'rob perlu kita cari 2 unsur penting yang terdapat dalam JF.

- Inilah salah satu cara yang saya gunakan ketika meni'rob. Jika ianya bersesuaian dengan kawan2, sama2lah kita menyebarkannya. Jika kawan2 ada cara lain, maka bolehlah berkongsi bersama kami supaya kami boleh sebarkan kepada rakan2 yang lain. Jika ada salah, tegur2lah kami. Wallahu a'alam. Sekian, wassalam



Disediakan oleh,
Os

Thursday, January 29, 2009

Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Nasob (نصب) dan alamat- alamatnya.

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم ، أما بعد ؛

Nasob adalah salah satu bahagian di dalam Irob. Ia adalah sedara mara kepada rofa', jar dan jazam yang mana mereka ini tergolong dalam kumpulan أقسام الإعراب

  • Nasob boleh dikatakan bahagian ke-2 famous dalam I’rob.

  • Perkara-perkara yang dinasobkan dinamakan sebagai mansubat (المنصوبات). Antaranya adalah :-
    - Mafu'l bih
    - Mafu'l ma'ah
    - Mafu'l mutlak
    - Mafu'l fih
    - Mafu'l liajlih
    - Hal
    - Tamyiz
    - Munada
    - Istisna'
    - Tawabi’ yang empat – na’at, taukid, badal, a’tof

  • Feel mudhori’ juga dinasobkan iaitu jika dimasuki nawasib.

  • Nasob ada lima alamat iaitu :-
    - Fathah = baris atas.
    - Alif (ا)
    - Kasroh = baris bawah
    - Ya (ي)
    - Hazaf nun = buang huruf (ن)

  • Fathah pada 3 tempat iaitu pada isim mufrod, jamak taksir, feel mudhori’ yang dimasuki nawasib di mana akhir kalimahnya sunyi daripada bersambung dengan mana2 huruf.
    (nawasib = أن ، لن ، إذن ، كي)

  • Alif pada asma' khomsah ( رأيت أباك و أخاك و حماك و فاك و ذا مال)

  • Kasroh pada jamak muannas salim

  • Ya pada 2 tempat iaitu pada musanna dan jamak muzakkar salim.

  • Hazaf nun pada afa’l khomsah. Yang dimaksudkan dengan hazaf nun pada akhir kalimah feel tersebut kerana dimasuki nawasib.
    (afa’l khomsah =
    لن يفعلا و يفعلوا و تفعلا و تفعلوا و تفعلي)

Sekian sahaja daripada saya, insyaAllah akan ditambahkan lagi pada masa akan datang.


والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin