Monday, September 22, 2008

Fe'el Mudhori'

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل المضارع

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Pada tutorial yang lepas, telah diterangkan serba ringkas tentang feel madhi. Jadi saya teruskan dengan feel mudhori’ pula. Penerangannya seperti berikut :-
- Secara mudahnya, boleh kita katakana bahawa feel mudhori’ ini adalah perbuatan yang sedang dilakukan atau yang menunjukkan akan dilakukan. Di dalam grammar bahasa Inggeris boleh disimpulkan sebagai gabungan present tense dan future tense.

- Namun begitu, bukanlah maknanya itu terkumpul di antara keduanya di dalam satu keadaan, akan tetapi didatangkan maknanya (samada sedang@akan berlaku) mengikut situasi perbuatan tersebut. Jadi, untuk menterjemahkan makna feel mudhori’ ini bukan semudah feel madhi, ia perlu diteliti terlebih dahulu.

- Ada pendapat daripada sebahagian ahli Nahu mengatakan, jika feel mudhori’ itu kosong daripada tanda-tanda yang menunjukkan kepada “akan berlaku ” seperti (س @ سوف), maka makna yang layak baginya adalah “sedang berlaku”.

- Feel mudhori’ adalah mu’rob kecuali datang dua perkara yang akan menyebabkan ia bertukar menjadi mabni. Dua perkara tersebut ialah nun niswah (nun jama’ bagi muannas) dan nun taukid (nun yang bertujuan membawa makna taukid). Jika feel mudhori’ digabungkan dengan dua nun ini makanya secara terus ia akan bertukar taraf menjadi mabni. Contoh :-
يضربْنَ = feel mudhori’ yang digabungkan dengan nun niswah bagi wazan يفعلـْنَ .
Kita I’robkan ia dengan mabni :
فعل مضارع مبني على السكون لاتصاله بنون النسوة
يضربنْ
= feel mudhori’ yang dgabungkan dengan nun taukid yang asalnya يضرب + ن .
Turut dii’robkan dengan mabni :
فعل مضارع مبني على الفتح لاتصاله بنون التوكيد


والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

0 comments: