Monday, September 22, 2008

Fe'el Mudhori'

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل المضارع

الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ؛

Pada tutorial yang lepas, telah diterangkan serba ringkas tentang feel madhi. Jadi saya teruskan dengan feel mudhori’ pula. Penerangannya seperti berikut :-
- Secara mudahnya, boleh kita katakana bahawa feel mudhori’ ini adalah perbuatan yang sedang dilakukan atau yang menunjukkan akan dilakukan. Di dalam grammar bahasa Inggeris boleh disimpulkan sebagai gabungan present tense dan future tense.

- Namun begitu, bukanlah maknanya itu terkumpul di antara keduanya di dalam satu keadaan, akan tetapi didatangkan maknanya (samada sedang@akan berlaku) mengikut situasi perbuatan tersebut. Jadi, untuk menterjemahkan makna feel mudhori’ ini bukan semudah feel madhi, ia perlu diteliti terlebih dahulu.

- Ada pendapat daripada sebahagian ahli Nahu mengatakan, jika feel mudhori’ itu kosong daripada tanda-tanda yang menunjukkan kepada “akan berlaku ” seperti (س @ سوف), maka makna yang layak baginya adalah “sedang berlaku”.

- Feel mudhori’ adalah mu’rob kecuali datang dua perkara yang akan menyebabkan ia bertukar menjadi mabni. Dua perkara tersebut ialah nun niswah (nun jama’ bagi muannas) dan nun taukid (nun yang bertujuan membawa makna taukid). Jika feel mudhori’ digabungkan dengan dua nun ini makanya secara terus ia akan bertukar taraf menjadi mabni. Contoh :-
يضربْنَ = feel mudhori’ yang digabungkan dengan nun niswah bagi wazan يفعلـْنَ .
Kita I’robkan ia dengan mabni :
فعل مضارع مبني على السكون لاتصاله بنون النسوة
يضربنْ
= feel mudhori’ yang dgabungkan dengan nun taukid yang asalnya يضرب + ن .
Turut dii’robkan dengan mabni :
فعل مضارع مبني على الفتح لاتصاله بنون التوكيد


والله أعلم

Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Tuesday, August 5, 2008

Feel Madhi

بسم الله الرحمن الرحيم

الفعل الماضي

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Minggu ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang feel. Seperti mana yang kita tahu, feel adalah kata perbuatan@verb. Di dalam nahu bahasa arab, jika dinisbahkan kepada zaman@waktu, maka feel akan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu feel madhi (الفعل الماضي) ,feel mudhori' (الفعل المضارع) ,feel amar (الفعل الأمر). Secara mudahnya, saya ringkaskan yang madhi = masa lepas, mudhori' = sekarang@akan datang, amar = arahan (menunjukkan masa akan datang). InsyaAllah saya akan menceritakan mengenai feel-feel ini satu persatu. Pada perbahasan minggu ini, saya akan memberi pengenalan mengenai feel madhi terlebih dahulu. Penerangannya seperti berikut :-


- Feel madhi secara mudahnya boleh kita katakan sebagai perbuatan yang telah berlaku. Dalam grammar bahasa Inggeris samalah ia dengan past tense.

- Namun begitu, ada sedikit penambahan yang telah diletakkan di dalam kitab Al-Wafi syarah matan Al-Ajurumiyah mengenai feel madhi. Ulama' yang mensyarahkan matan tersebut menyatakan bahawa feel madhi kadang-kadang digunakan untuk menunjukkan masa akan datang. ِ
Contoh :((ونفخ في الصور)) surah الزمر ayat 68.
Dalam ayat ini perkataan نفخ dibina di atas acuan(وزن) feel madhi tapi penggunaannya di dalam ayat menunjukkan perkara yang akan berlaku. Jika kita teliti maknanya "dan sangkakala pun ditiup.." kita ketahui yang kejadian tiupan sangkakala belum lagi berlaku, jadi ayat ini menjadi bukti kepada kita bahawasanya feel madhi juga kadang-kadang boleh dimaknakan dengan zaman yang akan datang.

Akan tetapi tetap makna yang utama bagi feel madhi adalah perbuatan yang telah berlaku.

- Dari sudut i'rob, feel madhi adalah mabni(مبني).
Contoh : كتب محمد
كتب = فعل ماض مبني على الفتح
محمد = فاعل مرفوع وعلامة رفعه ضمة ظاهرة في آخره


Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Wednesday, July 30, 2008

Tasrif feel Madi

بسم الله الرحمن الرحيم

تصريف فعل الماضي

هو فعل / كتب
هما فعلا / كتبا
هم فعلوا / كتبوا
هي فعلتْ / كتبتْ
هما فعلتا / كتبتا
هن فعلن / كتبن
أنتَ فعلتَ / كتبتَ
أنتما فعلتما / كتبتما
أنتم فعلتم / كتبتم
أنتِ فعلتِ / كتبتِ
أنتما فعلتما / كتبتما
أنتن فعلتن / كتبتن
أنا فعلتُ / كتبتُ
نحن فعلنا / كتبن
Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Sunday, July 20, 2008

Huruf Jar Bahagian 3

Bahagian 3

*في
-الظرفية iaitu tempat atau arah
م : (( في أدنى الأرض وهم من بعد غلبهم سيغلبون )) الروم 3
maksudnya : di negeri yang terdekat dan mereka setelah kekalahannya itu akan menang.

-المصاحبة iaitu beiringan
م : (( ادخلوا في أمم )) الأعراف 38
maksudnya : masuklah kamu (kedalam api neraka) bersama jin dan manusia...

-التعليل iaitu sebab
م : دخلت امرأة النار في هرة - الحديث
maksudnya : telah masuk perempuan itu kedalam api neraka disebabkan seekor kucing.

*الباء
- التعليل iaitu sebab
م : (( فكلا أخذنا بذنبه )) العنكبوت 40
maksudnya : maka masing-masing mereka itu Kami azabkan kerana dosa-dosanya.

- المصاحبة
م : (( اهبط بسلام منّا وبركات )) هود 48
maksudnya : turunlah dengan beriringan kesejahteraan dan keberkatan dari Kami.

- الظرفية
م : (( ولقد نصركم الله ببدر )) آل عمران 123
maksudnya : dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam perang badar.

- makna (عن)
م : (( فاسئل به خبيرا )) الفرقان 59
maksudnya : maka tanyakanlah tentang Nya kepada orang yang lebih mengetahui (Muhammad).

*الكاف
- التشبيه iaitu seumpama/seperti
م : (( فكانت وردة كالدهان )) الرحمن 37
maksudnya : dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak.

- التعليل
م : (( واذكروه كما هداكم )) البقرة 198
maksudnya : dan berzikirlah kepadaNya disebabkan hidayah yang telah diberikan kepada kamu.

- التوكيد iaitu penetapan/peneguhan/pengukuhan
م : (( ليس كمثله شيء )) الشورى 11
maksudnya : dengan pastinya tiada satu pun yang menyerupainya.
# mestilah kaf itu adalah kaf zaidah (الزائدة)

- المبادرة iaitu bersegera
م : صلّ كما يدخل الوقت
maksudnya : bersegeralah untuk solat apabila masuk waktu.
# disyaratkan kaf digabungkan dengan ما .
*اللام
- الملك iaitu hak milik/ pemilikan
م : (( لله ما في السماوات والأرض )) لقمان 26
maksudnya : milik Allah apa yang ada di langit dan di bumi.
# disyaratkan bahawa lam dimasukkan antara dua zat. Iaitu dua perkara/benda yang jelas wujud. Dan lam diapitkan kepada perkara yang boleh menjadi pemilik.
Untuk pemahaman lebih, saya bawakan contoh lain : الدار لمحمد
(الدار) satu zat, (محمد) satu zat. Jika kita bandingkan, kita akan dapati bahawa محمد boleh menjadi pemilik kepada الدار maka kita apitkan/hubungkan lam kepada محمد dan jadilah makna lam itu sebagai "milik".

- الإختصاص iaitu pengkhususan
م : الحمد لله
maksudnya : segala puji khusus untuk Allah.
# disyaratkan di sini lam hanya masuk di antara zat dan makna. "Makna" di sini bolehlah kita definisikan sebagai sifat untuk memudahkan pemahaman. Contoh lain sebagai penerangan : النجاح للمجتهدين
(النجاح) satu makna/sifat, (المجتهدين) satu zat. Boleh kita fahami di sini bahwa المجتهدين merupakan satu zat yang berhak untuk menerima makna النجاح. Jadi dengan menyelitkan lam di antara keduanya maka makna النجاح itu dikhususkan kepada المجتهدين dan bertukarlah lam di sini menjadi makna "khusus".


Demikianlah sedikit penerangan dari saya. Perlu diketahui di sini bahawasanya apa yang saya bawakan di sini hanya sebahagian kecil sahaja daripada apa yang terdapat di dalam kitab-kitab nahu. Jadi untuk rujukan, sahabat-sahabat bolehlah merujuk kepada mana-mana kitab nahu yang ada. Setakat ini sahaja perbahasan ringkas yang mampu saya sediakan untuk bab ini. Insya Allah, jikalau ada kesempatan dan kemampuan akan saya bawakan lagi perbahasan yang lebih mendalam. Doa-doakanlah moga saya diberi kemampuan. Amin.
والله أعلم



Disediakan oleh,
Muhammad Hosnee B Zainal Abidin

Friday, July 4, 2008

Huruf Jar Bahagian 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Huruf Jar Bahagian 2

- Makna-makna yang boleh kita berikan kepada 8 huruf-huruf jar :-

* من
-الابتداء iaitu permulaan sama ada pada tempat (لغاية المكانية) atau zaman (لغاية الزمانية)
م : سافرت من القاهرة
maksudnya : aku telah bermusafir bermula dari Kaherah.
م : سافرت من الجمعة إلى الجمعة
maksudnya : aku telah bermusafir bermula dari hari Jumaat hingga ke hari Jumaat seterusnya.

- التبعيض iaitu sebahagian
م : منهم يأكلون ومنهم يشربون
maksudnya : sebahagian daripada mereka sedang makan dan sebahagian lainnya sedang minum.

-البدل iaitu ganti
م : (( أرضيتم بالحياة الدنيا من الآخرة )) سورة التوبة 38
maksudnya : apakah kamu menyenangi kehidupan dunia menggantikan kehidupan akhirat

*إلى
- الإنتهاء iaitu sehingga sama ada pada zaman atau pada tempat.
م : (( ثم اتموا الصيام الى الليل )) البقرة 187
maksudnya : kemudian sempurnakanlah puasa sehingga datang malam.
م : (( من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصا )) الإسراء 1

# perbahasan mengenai (إلى) - dari sudut makna الانتهاء, boleh jadi 2 kemungkinan iaitu harus إلى masuk ke dalam perkara tersebut, atau harus ia tidak masuk dalam perkara tersebut.

1) Saya bawakan satu ayat iaitu :- سافرت من البيت إلى المسجد .Makna ayat ini boleh jadi 2 - makna pertama : aku telah bermusafir dari rumah hingga ke (pintu pagar) masjid. atau makna kedua : aku telah bermusafir dari rumah hingga ke (kawasan dalam masjid). Beza makna pertama dan kedua adalah masuk ke dalam masjid dan tidak masuk ke dalam masjid iaitu sekadar berhenti di pintu pagar masjid tanpa masuk ke dalamnya.

2) Ayat yang menceritakan tentang wuduk dalam surah al-Maidah:6 :- ((وأيديكم إلى المرافق)) maksud إلى di sini adalah masuk sehingga ke dalam perkara tersebut. Anggota tangan ketika wuduk, dibasuh sehingga kena kepada siku. Jika kita membasuh tidak sampai kepada siku maka tidak sah wuduk tersebut kerana إلى di sini membawa maksud masuk sehingga ke dalam perkara tersebut.

3) Satu lagi contoh iaitu dalam ayat yang menceritakan tentang tempoh waktu berpuasa dalam surah al-Baqarah:187 :- (الى الليل) = makna (إلى) di sini tidak masuk kepada perkara tersebut iaitu bukan makna ayat ini sehingga waktu malam, tetapi hanya berhenti pada waktu maghrib - sebelum datang malam - Maknanya, kita berpuasa bukan sehingga waktu malam tapi berpuasa sehingga selesai waktu siang.


*عن
- المجاوزة iaitu menjauhi (البُعدُ)
م : رميت السهم عن القوس
maksudnya : aku telah melontar anak panah itu menjauhi daripada busur.

- البدل
م : (( واتقوا يوما لا تجزي نفس عن نفس شيئًا )) البقرة 48
maksudnya : Dan takutlah kamu pada hari , ketika itu tiada seorang pun dapat menggantikan (membela) seorang yang lain walaupun sedikit.

- على iaitu atas/ke atas
م : (( ومن يبخل فإنما يبخل عن نفسه )) محمد 38
Maksudnya : Barang siapa yang bakhil, maka sesungguhnya dia bakhil ke atas dirinya sendiri.

- التعليل iaitu sebab/alasan
م : (( وما كان استغفار إبراهيم لأبيه إلا عن موعدة وعدها إياه )) التوبة 114
maksudnya : Adapun permohonan keampunan Ibrahim kepada Allah untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana janji yang telah diikrarkan kepada bapanya.

*على
- الاستعلاء iaitu atas/ ke atas sama ada secara hissi (الخسي) atau maknawi (المعنوي).
م : (( وعليها وعلى الفلك تحملون )) المؤمنون 22
maksudnya : Dan ke atasnya (haiwan-haiwan ternak), dan di atas kapal-kapal kamu diangkut.
م : (( فضلنا بعضهم على بعص )) البقرة 253
maksudnya : Kami lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain.

- المصاحبة seperti makna (مع)
م : (( وءاتى المال على حبه )) البقرة 177
maksudnya : dan memberikan harta yang dicintainya.

- makna (مِن)
م : (( إذا اكتالوا على الناس يستوفون )) المطففين 2
maksudnya : iaitu orang yang menerima timbangan dari orang lain, mereka minta untuk dicukupkan.

Bersambung..

Disediakan oleh :-
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin

Huruf Jar

بسم الله الرحمن الرحيم

حرف الجر (Bahagian Pertama)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Pada bab kali ini saya akan membawa sedikit perbahasan mengenai huruf jar. Bab huruf jar merupakan satu bab yang boleh dikatakan panjang perbincangannya. Ini kerana (huruf) di sisi ulama nahu tidak mempunyai makna yang tersendiri, jadi huraian mengenai makna bagi huruf-huruf ini bukan satu perkara yang ringkas. Makna bagi setiap huruf ini akan berubah-ubah mengikut kedudukannya dan dipengaruhi oleh perkara yang berada di sebelumnya atau di selepasnya. Saya belum lagi bersedia dalam membahaskan bab ini secara panjang lebar, namun saya cuba dalam memberi penerangan serba sedikit mengenai huruf jar sebagai pengenalan bagi kita :-

- Nama lain bagi huruf jar adalah huruf khofad (حرف الخفض)

- Disebut di dalam kitab جامع الدروس العربية ada 20 huruf jar kesemuanya namun yang masyhur bagi kita ada 8 iaitu من ، إلى ، عن ، على ، في ، رب ،الباء ، الكاف ، اللام. Dan penerangan ringkas saya hanya berlegar di sekitar 8 huruf ini sahaja.

- Adapun huruf jar ini dihukumkan sebagai mabni (iaitu kekal baris akhirnya) dan bukannya mu'rob (iaitu yang berubah baris akhir).

- Huruf jar hanya boleh dimasukkan kepada isim. Namun ada sesetengah keadaan kita lihat huruf jar bergabung dengan fe'el. Dalam keadaan ini nampak pada zohirnya sahaja, dari segi taqdirnya berbeza sama sekali. InsyaAllah, akan ada perbahasannya pada masa akan datang.

- Dinamakan ia sebagai huruf jar kerana huruf-huruf ini meng"jar"kan isim yang selepasnya dan isim tersebut kita i'robkan ia sebagai isim majrur.

Contoh : في البيت
- في = حرف جر مبني على السكون
- البيت = مجرور بـ"في" و علامة جره كسرة ظاهرة في آخره


- Makna-makna yang boleh kita berikan kepada 8 huruf-huruf jar :-

* من
-الابتداء iaitu permulaan sama ada pada zaman (لغاية الزمانية) atau tempat (لغاية المكانية)
م : سافرت من القاهرة
maksudnya : aku telah bermusafir bermula dari Kaherah.

- التبعيض iaitu sebahagian
م : منهم يأكلون ومنهم يشربون

-البدل iaitu ganti

#InsyaAllah akan saya sambung perbahasan 7 huruf seterusnya pada sambungan yang akan datang.

Disediakan oleh :
Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin

Tuesday, June 17, 2008

Isim Mausul

بسم الله الرحمن الرحيم

اسم الموصول

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Bab yang akan saya bentangkan serba sedikit pada kali ini adalah bab yang berkenaan dengan Isim Mausul. Sedikit huraian yang saya bawa di sini adalah seperti berikut :-

- Isim Mausul adalah daripada isim-isim yang ma'rifah ( معرفة ) .

- Maksud isim mausul di dalam bahasa Melayu boleh kita maknakan ia sebagai " yang ".

Contoh : yang bermain = الذي يلعب

- Isim Mausul memerlukan kepada 2 perkara iaitu (1) Silah { صلة } dan (2) 'Aid { عائد }.
- Silah itu adalah ayat (جملة) yang berada selepas isim mausul.
- Manakala 'Aid adalah penghubung antara silah dan isim mausul yang
kembali pada isim mausul.

Contoh : جاءني الذي ضربته
- Silah = ضربت
- 'Aid = ـه

- Adapun Isim Mausul itu terbahagi kepada dua bahagian :
- (1) خاصة dan (2) مشتركة
(1) خاصة
- bagi muzakkar = الذي
- bagi muannas = التي
- bagi musanna muzakkar
= اللذان ketika rofa' (رفع).
= اللذين ketika nasob (نصب) dan jar (جر).
- bagi musanna muannas
= اللتان ketika rofa'.
= اللتين ketika nasob dan jar.
- bagi jamak muzakkar = الألى dan الذين
- bagi jamak muannas = اللائى dan اللاتي

(2) مشتركة
- مَن - ما - أي
- أل - ذو - ذا
Keenam2 huruf ini merangkumi makna mufrod, musanna dan jamak.
Begitu juga dari sudut muzakkar muannansnya.
Tidak ada pengkhususan bagi setiap satunya.

Contoh :
- من :
يعجبني من جاءك @ من جائتك
#ًمن di sini boleh digunakan untuk menunjukkan makna muzakkar mahupun muannas

- ما :
يعجبني ما اشتريته @ ما اشتريتهما @ ما اشتريتهم
# ما di sini boleh menunjukkan makna mufrod, musanna dan jamak


* Sedikit perbezaan أل dengan saudaranya yang lain yang mana أل disyaratkan hanya dimasukkan kepada وصف صريخ .

Dimaksudkan وصف di sini hanya 3 iaitu isim fa'il ( اسم الفاعل ) , isim maf'ul ( اسم المفعول ) dan sifah mushabbahah ( الصفة المشبهة ). Jika أل ini masuk kepada selain dari pada 3 perkara ini maka ianya bukanlah daripada kalangan isim mausul, malah ia adalah daripada ال yang mema'rifahkan isim.

* ذو hanya digunakan sebagai isim mausul mengikut pendapat bani toyyik (طيىء) iaitu salah satu kaum yang terdapat di bumi arab.

* Untuk menjadikan ذا sebagai isim mausul ia perlu didahului dengan ما الإستفهامية atau من الإستفهامية .

Contoh : ماذا أنزل ربكم ؟ dan من ذا قالها ؟

- Bercerita tentang Silah mausul, ia terbahagi kepada 2 bahagian besar iaitu jumlah ( الجملة ) dan syihib jumlah ( شبه الجملة ).

*Jumlah pula terbahagi kepada 2 iaitu jumlah ismiyah dan jumlah fi'liyyah dan ia mempunyai 2 syarah iaitu :

- Mestilah ia daripada jumlah خبرية iaitu jumlah yang berkemungkinan mengandungi makna benar ( صدق ) atau palsu ( كذب ). Jika jumlah tersebut merupakan jumlah إنشائية maka tidak sah ia dianggap silah mausul.

- Mestilah jumlah tersebut dihubungkan dengan Domir yang bersesuaian dengan keadaan mausul. Sama ada sesuai dari sudut mufrodnya, atau jamaknya, atau muannasnya atau apa sahaja.

Contoh : جاء الذي أكرمته = domir ـه di sini bersesuaian dengan الذي pada mufrod muzakkar

# Dan kadang-kadang ada terjadi pada sesetengah keadaan yang mana domir pada jumlah tersebut dihazafkan. Maknanya di sini jumlah tersebut masih dianggap sebagai Silah mausul walaupun tiada domir tadi secara zohir dan hanya wujud secara tersembunyi ( مضمر ).

*Habis bercerita mengenai jumlah maka terus masuk kepada syibih jumlah. Syibih jumlah ini terbahagi kepada 3 perkara iaitu :
(1) Zorof [ الظرف ]
(2) Jar Majrur [ جر مجرور ]
(3) Sifah Sorihah [ الصفة الصريحة ]

Disyaratkan pada Zorof dan Jar Majrur mestilah jumlah yang sempurna ( تام ). Tidak boleh dianggap sebagai Silah mausul jika mana maknanya tidak sempurna.
Contoh : جاء الذي أمس => ayat ini masih tidak sempurna maknanya disebabkan makna yang terdapat pada zorof itu masih kabur, jadi ia tidak boleh dianggap sebagai silah mausul.

Akan tetapi jika mana Zorof dan Jar Majrur itu tadi berkaitan ( متعلقة ) dengan fe'el mahzuf استقر dan domir mustatir yang tersembunyi di dalam fe'el tersebut kembali kepada 2 perkara itu, maka sah syibih jumlah itu dianggap sebagai Silah mausul.

Contoh : جاء الذي أمس => sah أمس dianggap silah mausul jika takdirnya :
جاء الذي استقر أمس


Disediakan oleh
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin