بسم الله الرحمن الرحيم
اسم الموصول
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, maka saya mulakan penulisan ini. Bab yang akan saya bentangkan serba sedikit pada kali ini adalah bab yang berkenaan dengan Isim Mausul. Sedikit huraian yang saya bawa di sini adalah seperti berikut :-
- Isim Mausul adalah daripada isim-isim yang ma'rifah ( معرفة ) .
- Maksud isim mausul di dalam bahasa Melayu boleh kita maknakan ia sebagai " yang ".
Contoh : yang bermain = الذي يلعب
- Isim Mausul memerlukan kepada 2 perkara iaitu (1) Silah { صلة } dan (2) 'Aid { عائد }.
- Silah itu adalah ayat (جملة) yang berada selepas isim mausul.
- Manakala 'Aid adalah penghubung antara silah dan isim mausul yang
kembali pada isim mausul.
Contoh : جاءني الذي ضربته
- Silah = ضربت
- 'Aid = ـه
- Adapun Isim Mausul itu terbahagi kepada dua bahagian :
- (1) خاصة dan (2) مشتركة
(1) خاصة
- bagi muzakkar = الذي
- bagi muannas = التي
- bagi musanna muzakkar
= اللذان ketika rofa' (رفع).
= اللذين ketika nasob (نصب) dan jar (جر).
- bagi musanna muannas
= اللتان ketika rofa'.
= اللتين ketika nasob dan jar.
- bagi jamak muzakkar = الألى dan الذين
- bagi jamak muannas = اللائى dan اللاتي
(2) مشتركة
- مَن - ما - أي
- أل - ذو - ذا
Keenam2 huruf ini merangkumi makna mufrod, musanna dan jamak.
Begitu juga dari sudut muzakkar muannansnya.
Tidak ada pengkhususan bagi setiap satunya.
Contoh :
- من :
يعجبني من جاءك @ من جائتك
#ًمن di sini boleh digunakan untuk menunjukkan makna muzakkar mahupun muannas
- ما :
يعجبني ما اشتريته @ ما اشتريتهما @ ما اشتريتهم
# ما di sini boleh menunjukkan makna mufrod, musanna dan jamak
* Sedikit perbezaan أل dengan saudaranya yang lain yang mana أل disyaratkan hanya dimasukkan kepada وصف صريخ .
Dimaksudkan وصف di sini hanya 3 iaitu isim fa'il ( اسم الفاعل ) , isim maf'ul ( اسم المفعول ) dan sifah mushabbahah ( الصفة المشبهة ). Jika أل ini masuk kepada selain dari pada 3 perkara ini maka ianya bukanlah daripada kalangan isim mausul, malah ia adalah daripada ال yang mema'rifahkan isim.
* ذو hanya digunakan sebagai isim mausul mengikut pendapat bani toyyik (طيىء) iaitu salah satu kaum yang terdapat di bumi arab.
* Untuk menjadikan ذا sebagai isim mausul ia perlu didahului dengan ما الإستفهامية atau من الإستفهامية .
Contoh : ماذا أنزل ربكم ؟ dan من ذا قالها ؟
- Bercerita tentang Silah mausul, ia terbahagi kepada 2 bahagian besar iaitu jumlah ( الجملة ) dan syihib jumlah ( شبه الجملة ).
*Jumlah pula terbahagi kepada 2 iaitu jumlah ismiyah dan jumlah fi'liyyah dan ia mempunyai 2 syarah iaitu :
- Mestilah ia daripada jumlah خبرية iaitu jumlah yang berkemungkinan mengandungi makna benar ( صدق ) atau palsu ( كذب ). Jika jumlah tersebut merupakan jumlah إنشائية maka tidak sah ia dianggap silah mausul.
- Mestilah jumlah tersebut dihubungkan dengan Domir yang bersesuaian dengan keadaan mausul. Sama ada sesuai dari sudut mufrodnya, atau jamaknya, atau muannasnya atau apa sahaja.
Contoh : جاء الذي أكرمته = domir ـه di sini bersesuaian dengan الذي pada mufrod muzakkar
# Dan kadang-kadang ada terjadi pada sesetengah keadaan yang mana domir pada jumlah tersebut dihazafkan. Maknanya di sini jumlah tersebut masih dianggap sebagai Silah mausul walaupun tiada domir tadi secara zohir dan hanya wujud secara tersembunyi ( مضمر ).
*Habis bercerita mengenai jumlah maka terus masuk kepada syibih jumlah. Syibih jumlah ini terbahagi kepada 3 perkara iaitu :
(1) Zorof [ الظرف ]
(2) Jar Majrur [ جر مجرور ]
(3) Sifah Sorihah [ الصفة الصريحة ]
Disyaratkan pada Zorof dan Jar Majrur mestilah jumlah yang sempurna ( تام ). Tidak boleh dianggap sebagai Silah mausul jika mana maknanya tidak sempurna.
Contoh : جاء الذي أمس => ayat ini masih tidak sempurna maknanya disebabkan makna yang terdapat pada zorof itu masih kabur, jadi ia tidak boleh dianggap sebagai silah mausul.
Akan tetapi jika mana Zorof dan Jar Majrur itu tadi berkaitan ( متعلقة ) dengan fe'el mahzuf استقر dan domir mustatir yang tersembunyi di dalam fe'el tersebut kembali kepada 2 perkara itu, maka sah syibih jumlah itu dianggap sebagai Silah mausul.
Contoh : جاء الذي أمس => sah أمس dianggap silah mausul jika takdirnya :
جاء الذي استقر أمس
Disediakan oleh
Muhammad Hosnee b Zainal Abidin
Tuesday, June 17, 2008
Isim Mausul
Posted by
Kalghari Network™
at
3:08 PM
0
comments
Labels: Umum
Saturday, June 14, 2008
Sekilas Perkembangan Ilmu Bahasa Arab
Ilmu bahasa terdiri dari beberapa ilmu, di antaranya ilmu Nawu, ilmu Saraf, Balaghah, ilmu bahasa dan ilmu ‘Arudh.
Posted by
Kalghari Network™
at
3:17 PM
0
comments
Labels: Umum
Sunday, June 8, 2008
Isim Isyarah
- Isim Isyarah dalam istilah bahasa Melayu nya bolehlah kita maksudkan ia sebagai Kata Tunjuk seperti itu atau ini. Namun ia tetap mempunyai perbezaan dengan Kata Tunjuk yang terdapat di dalam bahasa Melayu.
- Isim Isyarah merupakan salah satu daripada isim-isim yang makrifah ( معرفة ) .
- Isim Isyarah adalah daripada kalangan isim-isim yang mabni ( مبني ). Tidak akan berubah baris dan hurufnya walau di mana sahaja kedudukan i'robnya
Contoh : [ هذا كتاب ] dan [ مررت بهذا الكتاب ]. Walaupun kedudukan i'rob
- Pembahagian Isim Isyarah :
- Isim Isyarah terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu yang menunjukkan kepada dekat dan jauh. Pembahagian kecil pula ada empat iaitu :
- Untuk Mufrod ( مفرد ) ialah ( ذا ).
- Untuk Musanna ( مثنى ) ialah ( ذان ).
- Untuk Jamak ( جمع ) ialah ( أولاء ).
- Dekat untuk muannas ( قريب للمؤنث ) :
- Untuk Mufrod ialah ( ذي ، ذهْ ، ذهِ ، تي ، ته ، تا ، ذات ).
- Untuk Musanna ialah ( تان ) .
- Untuk Jamak ialah ( أولاء ).
* Ini adalah di antara isim Isyarah yang menunjuk kepada dekat. Bagi setiap isim ini boleh ditambah ha tanbih ( ها التنبيه ) diawalnya. Contohnya ( هذا ، هذان ).
- Untuk Mufrod ialah ( ذاك ).
- Untuk Musanna ialah ( ذانك ).
- Untuk Jamak ialah ( أولاءك ).
- Jauh untuk muannas ( بعيد للمؤنث ) :
- Untuk Mufrod ialah ( ذيك ، ذهك ، تيك ، تاك ، تهك ).
- Untuk Musanna ialah ( تانك ).
- Untuk Jamak ialah ( أولاءك ).
* Jika kita menginginkan makna lebih jauh, maka kita tambahkan huruf lam dan kaf pada isim-isim tersebut. Contohnya : ( ذلك ، تلك ). Akan tetapi ia tidak akan berlaku pada musanna dan jamak kerana kedua-dua tersebut telah pun mempunyai makna lebih jauh apabila digabungkan dengan kaf.
Posted by
Kalghari Network™
at
6:28 AM
0
comments
Labels: Umum
Tuesday, May 27, 2008
At-Tuhfah As-Saniah : Bab Jenis-Jenis Kalam
[Jenis-jenis Kalam]
Berkata Ibnu Ajurrum:
(واقسامه ثلاثة : اسم ، وفعل ، وحرف جاء لمعنى)
Adapun kalam itu terbahagi ianya kepada 3 : isim (kata nama), feel (kata kerja), dan harf (huruf) yang datang dengan makna.
Berkata Syeikh Muhammad Mahyuddin: Lafaz-lafaz yang telah digunakan oleh orang Arab dalam kalam mereka yang mana ianya disampaikan dan dipindahkan kepada kita, adalah kita sekarang ini sedang membicarakannya dalam perbualan-perbualan serta pembelajaran kita sehari-hari. Kita membacanya dalam kitab-kitab kita. Kita juga menulis dengannya kepada ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, bahkan boleh dikatakan tidak terkecuali seorangpun daripada menggunakan salah satu daripada 3 unsur kalam ini iaitu: isim, feel dan harf.
Isim itu jika diperbincangkan maknanya daripada sudut bahasa adalah: apa-apa yang menunjuk kepada satu objek yang diberi nama. Jika dibincangkan ertinya daripada sudut istilah para Ulama Nahu pula membawa maksud: suatu kalimah yang menunjukkan makna pada identity dirinya sendiri serta ianya tidaklah dikaitkan dengan had masa. Seperti contoh:
محمد (Muhammadun)
على (Aliyyun)
رجل (rajulun – seorang lelaki)
جمل (jamalun – unta)
نهر (nahrun – siang)
تفاحة (tuffahatun – epal)
ليمونة (laimunatun – lemon)
عصا (ason – tongkat)
maka setiap daripada contoh yang tersebut diatas menunjukkan atas makna diri masing-masing dan tiadalah dihadkan masa-masa tertentu yang menyertai isim tersebut pada maknanya. Maka jadilah ia sebagai isim.
Adapun feel itu pula jika ditakrifkan dari segi bahasa membawa erti: satu peristiwa. Jika ditakrifkan dari segi istilah Ulama Nahu pula membawa pengertian: suatu kalimah yang menunjukkan makna pada identity dirinya sendiri serta ianya dikaitkan dengan salah satu daripada 3 had masa iaitu – yang telahpun berlaku, yang sedang berlaku mahupun yang akan berlaku dimasa akan datang. Contohnya:
كتب (kataba – dia telahpun menulis) sesungguhnya ia adalah kalimah yang menunjukkan makna pada dirinya sendiri iaitu perbuatan menulis itu sendiri. Dan makna ini disertakan pula dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini telahpun berlaku.
يكتب (yaktubu – dia sedang menulis atau akan menulis) kalimah ini menunjukkan makna pada dirinya juga iaitu perbuatan menulis itu juga. Dan makna ini juga disertakan dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini sedang atau akan berlaku.
اكتب (uktub – tulislah) ia adalah kalimah yang menunjukkan makna pada dirinya juga iaitu perbuatan menulis juga. Dan maknanya disertakan dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini akan berlaku di masa akan datang iaitu di zaman selepas berlakunya percakapan ataupun suruhan itu.
Contoh lain bagi lafaz-lafaz seperti ini:
نصر - ينصر- انصر (nasara – yansuru – unsur) (dia telah membantu – dia sedang membantu – bantulah)
فهم – يفهم – افهم (fahima – yafhamu – ifham) (dia telah faham – dia sedang faham – fahamlah)
علم – يعلم – اعلم (alima – ya’lamu – i’lam) (dia telah tahu – dia sedang tahu – ketahuilah)
جلس – يجلس – اجلس (jalasa – yajlisu – ijlis) (dia telah duduk – dia sedang duduk – duduklah)
ضرب – يضرب – اضرب (dharaba – yadhribu – idhrib) (dia telah memukul – dia sedang memukul – pukullah)
Feel itu pula terbahagi kepada 3 jenis: Madi (yang telah berlaku), Mudhari’ (yang sedang atau akan berlaku), Amar (suruhan)
Adapun madi itu bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang berlaku pada masa sebelum berlakunya percakapan. Contohnya:
كتب (kataba - dia telah menulis)
فهم (fahima - dia telah faham)
خرج (kharaja - dia telah keluar)
سمع (sami’a - dia telah mendengar)
ابصر (absoro - dia telah melihat)
استغفر (istaghfara - dia telah memohon ampun)
اشترك (ishtaraka - dia telah menyertai)
Adapun mudarik itu pula bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang berlaku pada masa berlakunya percakapan ataupun yang berlaku selepasnya. Contohnya:
يكتب (yaktubu - dia sedang atau akan menulis)
يفهم (yafhamu - dia sedang atau akan faham)
يخرج (yakhruju - dia sedang atau akan keluar)
يسمع (yasma’u - dia sedang atau akan mendengar)
ينصر (yansuru - dia sedang atau akan membantu)
يتكلم (yatakallamu - dia sedang atau akan bercakap)
يستغفر (yastaghfiru - dia sedang atau akan memohon ampun)
يشترك (yashtariku - dia sedang atau akan menyertai)
Manakala amar pula bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang dituntut untuk melakukannya selepas berlakunya percakapan. Contohnya:
اكتب (uktub – tulislah)
افهم (ifham – fahamilah)
اخرج (ukhruj – keluarlah)
اسمع (isma’ – dengarlah)
انصر (unsur – tolonglah)
استغفر (istaghfir – minta ampunlah)
اشترك (ishtarik – sertailah)
Huruf pula jika dibincangkan maknanya dari sudut bahasa adalah bermaksud: tepi. Dan maksudnya dari segi istilah yang telah diletakkan oleh Ulama Nahu pula adalah: suatu kalimah yang membawa makna hanya jika disertakan bersama dengan kalimah lain. Contohnya:
من (min) ia adalah satu lafaz yang menunjukkan makna iaitu permulaan. Dan makna ini tidaklah lengkap sehinggalah dikumpulkan bersamanya kalimah lain. Maka kamu akan mengatakan seperti contoh:
ذهبت من البيت (zahabtu minal bait – aku telah pergi bermula dari rumah)
Contoh-contoh isim:
كتاب (kitabun - buku(
قلم (qalamun - pen)
دواة (dawatun – bekas dakwat)
كراسة (kurrasatun – buku tulis)
جريدة (jaridatun – suratkhabar)
خليل (Khalil)
صالح (Solih)
عمران (Imran)
ورقة (waraqatun – kertas)
سبع (sabu’un – seekor binatang buas)
حمار (himarun – keldai)
ذئب (zi’bun – serigala)
فهد (fahdun – harimau bintang)
نمر (namirun – harimau)
ليمونة (laimunatun – lemon)
برتقالة (burtuqalatun – oren)
كمثراة (kummathratun – buah pear)
نرجسة (narjisatun – bunga narcisus)
وردة (wardatun – bunga mawar)
هؤلاء (ha’ula’i – semua ini)
انتم (antum – kamu semua)
Contoh-contoh feel:
سافر يسافر سافر (safara – yusafiru – safir) (dia telah bermusafir – dia sedang bermusafir – bermusafirlah)
قال يقول قل (qala – yaqulu – qul) (dia telah berkata – dia sedang berkata – katalah)
أمن يأمن إيمن (amina – ya’manu – iman) (dia telah percaya – dia sedang percaya – percayalah)
رضي يرضى ارض (radhiya – yardha – ardha) (dia telah meredhai – dia sedang meredhai – redhalah)
صدق يصدق اصدق (sadaqa – yasduqu – usduq) (dia telah benar – dia sedang benar – benarlah)
اجتهد يجتهد اجتهد (ijtahada – yajtahidu – ijtahid) (dia telah bersungguh-sungguh – dia sedang bersungguh-sungguh – bersungguh-sungguhlah)
استغفر يستغفر استغفر (istaghfara – yastaghfiru – istaghfir) (dia telah memohon ampun – dia sedang memohon ampun – memohon ampunlah)
Contoh-contoh harf:
من daripada
الى kepada
عن tentang
على atas
إلا kecuali
لكن tetapi
إن (inna) sesungguhnya
أن (an) bahawa
بلى ya
بل bahkan
قد telah
سوف akan
حتى sehingga
لم tidak
لا tidak
لن tidak sekali-kali
لو kalau
لما ketika @ belum
لعل moga-moga
ما apa
لات tidak @ tiada
ليت harap-harap
إن (in) kalau
ثم kemudian
Posted by
Kalghari Network™
at
2:29 PM
0
comments
Labels: At-Tuhfah As-Saniah
At-Tuhfah As-Saniah : Bab Kalam
بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Telah berkata pengarang matan Al-Ajrumiah iaitu Abu Abdillah bin Muhammad bin Daud As-Sonhaji yang lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Ajurrum. Beliau dilahirkan pada tahun 672H dan meninggal pada tahun 723H. Semoga Allah Taala Merahmatinya. Berkata Ibnu Ajurrum: (الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع) Kalam itu adalah suatu lafaz yang terdiri daripada beberapa kalimah yang membawa faedah dan telah diletakkan kaedahnya dalam bahasa Arab. Berkata Syeikh Muhammad Mahyuddin Abdul Hamid pengarang kitab Tuhfatussaniah syarah kepada matan Al-Ajrumiah: lafaz (kalam) itu membawa kepada dua makna. yang pertama dari segi bahasa dan yang kedua dari segi nahu. Kalam dari segi bahasa adalah satu ibarat tentang apa yang kamu akan dapat faedah disebabkan olehnya. samada ianya adalah berbentuk lafaz, ataupun bukan lafaz seperti garisan, tulisan dan isyarat.* *Jika seseorang mengatakan kepada kamu: adakah kamu telah mendatangkan kepada aku kitab yang telah aku minta ianya daripadamu? Maka kamu akan mengisyaratkan kepadanya dengan menganggukkan kepalamu. Maka isyarat tersebut difahami bahawasanya kamu mengatakan kepadanya (naam) (ya) Adapun kalam dari segi nahunya adalah tidak boleh tidak ianya mestilah disertai padanya 4 perkara: 1. Ia mestilah merupakan sebuah lafaz. Apa yang dimaksudkan dengan ianya mestilah merupakan sebuah lafaz: iaitu ia mestilah merupakan suara yang mengandungi gabungan daripada beberapa huruf hija'iyah yang bermula daripada alif dan berakhir dengan ya. contohnya: (أحمد) (Ahmad), ketiga-tiga contoh ini apabila disebut menjadikan ia satu suara yang mengandungi 4 huruf hija'iyah. Maka sesuatu isyarat contohnya tidak akan dinamakan sebagai kalam disisi para ulama Nahu kerana ia tidak mengandungi suara atau bunyi yang menggabungkan huruf-huruf hija'iyah tadi. Jika mahu menamakan isyarat tersebut sebagai kalam, perlulah ianya mempunyai faedah yang akan didapati dengannya. Apa yang dimaksudkan dengan ianya mestilah murakab: iaitu ia mestilah terdiri daripada dua kalimah atau lebih. sebagai contoh: (محمد مسافر) (Muhammadun musafirun - Muhammad itu adalah seorang yang sedang bermusafir), Maka setiap contoh yang telah disebutkan diatas dinamakan sebagai kalam. Dan setiap ibarat tersebut ianya terdiri daripada dua kalimah atau lebih. Satu kalimah bersendirian tidak dinamakan sebagai kalam disisi para ulama Nahu kecuali jika disertakan yang lain bersama-samanya; samada ianya disertakan secara haqiqatan seperti contoh-contoh diatas, mahupun yang disertakan secara taqdiran seperti contoh jika seseorang mengatakan kepada kamu: siapa saudara kamu? Maka kamu akan berkata: Muhammad. Maka kalimah yang satu ini dikira sebagai kalam kerana ditaqdirkan ayat sebenarnya: Muhammad itu saudaraku. Yang mana dalam pentaqdiran itu jumlah kalimah sebenar adalah tiga. Maka ia diiktibar sebagai kalam. Yang dimaksudkan dengan ianya mestilah memberi faedah: iaitu bagusnya tempat berhenti Apabila kamu mengatakan: ((اذا حضر الاستاذ انصت التلاميذ (iza hadara al-ustazu ansota at-talamiz – apabila datang ustaz itu maka pelajar-pelajar pun diam) ianya dikatakan sebagai kalam kerana memberikan faedah. Yang dimaksudkan dengan ianya mestilah telah diletakkan kaedah dengan kaedah Arab: iaitu lafaz tersebut mestilah digunapakai dalam kalam daripada lafaz-lafaz yang telah diletakkan oleh Sebagai contoh: (حضر) adalah kalimah yang digunapakai oleh Contoh-contoh kalam yang mencukupi syarat: Contoh-contoh lafaz mufrad: Contoh-contoh lafaz murakab yang tidak membawa faedah:
2. Ia mestilah 'murakab' - terdiri daripada dua perkataan atau lebih.
3. Ia mestilah memberi faedah.
4. Ia mestilah telah diletakkan kaedah dengan kaedah Arab
(يكتب) (yaktubu - dia sedang menulis) ,
(سعيد) (Said)
(العلم نافع) (al-ilmu nafi'un - ilmu itu adalah sesuatu yang memberi manfaat),
(يبلغ المجتهد المجد) (yablughu al-mujtahidu al-majda - mujtahid itu sampai kemuliaan padanya),
((لكل مجتهد نصييب (likulli mujtahidin nasibun – bagi setiap orang yang berjihad itu ada bahagian masing-masing),
العلم خير ما تسعى إليه ) ) (al-ilmu khairu ma tas’a ilaihi – ilmu itu adalah kebaikan yang kamu usahakan terhadapnya)
Seperti contoh: jika kamu mengatakan: ((اذا حضر الاستاذ (iza hadara al-ustazu – apabila datang ustaz itu) ia tidak dinamakan sebagai kalam. Walaupun ianya murakab – terdiri daripada 3 kalimah. Ini adalah kerana pendengar yang mendengarkan ucapan tersebut akan ternanti-nanti apakah yang akan dikatakan oleh
(محمد) adalah kalimah yang digunapakai oleh orang Arab dalam membawa makna zat seseorang individu yang dinamakan dengan nama tersebut.
Dan jika kamu mengatakan: (حضر محمد) kamu telahpun menggunakan dua kalimah yang mana kedua-duanya telah digunapakai oleh orang Arab.
Terdapat pula perbezaan jika kamu mengatakan dengan kalam yang telah diletakkan ataupun digunapakai oleh
Seperti contoh: (الفرس), (الترك), (البربر), (الفرنج) adalah kalimah-kalimah ini tidak dinamakan sebagai kalam disisi ulama Bahasa Arab sebaliknya ia diiktibar sebagai kalam oleh ahli bahasa-bahasa yang lain.
(الجو صحو) (al-jawwu sohwun – cuaca cerah tidak berawan)
(البستان مثمر) (al-bustanu muthmirun – kebun itu berbuah)
(الهلال ساطع) (al-hilalu sati’un – anak bulan itu terang benderang)
(السماء صافية) (as-sama’u sofiatun – langit itu bersih cerah)
(يضيء القمر ليلا) (yudi’u al-qamaru lailan – bulan itu menerangi malam)
(ينجح المجتهد) (yanjahu al-mujtahidu – akan berjaya orang yang bersungguh)
(لا يفلح الكسول) (la yuflihul kasul – orang yang sentiasa malas tidak akan berjaya)
(لا اله الا الله) (la ilaha illallah – tiada Tuhan selain Allah)
(محمد صفوة المرسلين) (Muhammadun sofwatul mursalina – Muhammad itu Rasul pilihan)
(الله ربنا) (Allahu Rabbuna – Allah itu Tuhan kami)
(محمد نبينا) (Muhammadun Nabiyyuna – Muhammad itu Nabi kami)
(محمد) (Muhammad)
(علي) (Ali)
(ابراهيم) (Ibrahim)
(قام) (Dia telah berdiri)
(من) (daripada)
(bandar iskandariah) (مدينة الاسكندرية)
(hamba Allah) (عبد الله)
(Hadaramaut - nama tempat) (حضرموت)
(jika manusia berlaku adil) (لو انصف الناس)
(apabila datang musim sejuk) (اذا جاء الشتاء)
(bagaimanapun orang yang bermuka-muka itu menyembunyikan) (مهما اخفى المرائي)
(إن طلعت الشمس) (jika terbit matahari)
Posted by
Kalghari Network™
at
2:21 PM
0
comments
Labels: At-Tuhfah As-Saniah
At-Tuhfah As-Saniah : Muqaddimah
InsyaAllah ruangan tutorial Nahu Bahasa Arab ini akan dikendalikan oleh Ust Muhammad Fahmi Al-Banjari. Beliau akan menterjemahkan salah sebuah kitab Nahu yang diberi nama "Tuhfatussaniah" syarah kepada matan Al-Ajrumiah karangan Syeikh Muhammad Mahyuddin Abdul Hamid. InsyaAllah biiznillah ruangan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut kelapangan masa penterjemah untuk menterjemah.
Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi bahasa dalam Bahasa Arab membawa pelbagai maksud. Antaranya:
1. Nahu membawa maksud arah. Jika kita mengatakan (ذهبت نحو فلان) (zahabtu nahwa fulanin) ia akan membawa maksud aku telahpun pergi kearah si fulan itu.
2. Nahu membawa maksud seperti atau menyerupai. Jika kita mengatakan (محمد نحو علي) (Muhammadun nahwu Aliyyun) ia akan membawa maksud Muhammad itu seperti Ali atau menyerupainya.
Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi istilah yang telah diletakkan oleh Ulama dalam Qawaid Bahasa Arab pula adalah (Suatu ilmu tentang kaedah-kaedah yang mana dengan kaedah-kaedah tersebut diketahui hukum-hukum yang perlu diletakkan di setiap akhir kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab dari segi susunannya - yang terdiri daripada i'rab dan bina' dan apa2 yang mengikuti keduanya)
Apa tajuk@skop perbincangan ilmu Nahu?
Skop perbincangan ilmu Nahu adalah berkaitan dengan kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab. Adapun perkataan-perkataan dalam Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris, Bahasa Banjar, Bahasa
Apakah faedahnya mempelajari ilmu Nahu?
1. Menjaga lisan daripada tersalah ketika berkata-kata dalam kalam Bahasa Arab.
2. Memahami Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith As-Syarif dengan kefahaman yang sahih. Yang mana kedua-dua ini adalah sumber usul syariah Islamiah dan diatas kedua-dua sumber inilah terdirinya syariah Islamiah tersebut.
Kepada apakah dinisbahkan ilmu Nahu ini?
Ilmu Nahu ini dinisbahkan ianya salah satu daripada ilmu-ilmu Bahasa Arab.
Siapakah pengasas ilmu Nahu?
Terdapat banyak pendapat yang meriwayatkan tentang siapakah yang dikatakan sebagai pengasas ilmu Nahu. Namun, pendapat yang paling masyhur bagi yang terawal sekali yang mengasaskan ilmu Nahu adalah Abu Aswad Ad-Du'ali setelah diarahkan penyusunan ilmu tersebut oleh Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib Radhiallahu Anhuma.
Apakah hukum mempelajari ilmu Nahu?
Adapun mempelajari ilmu Nahu itu hukumnya adalah fardu kifayah. akan tetapi jika seorang sahaja yang tinggal untuk mempelajarinya maka ianya akan jatuh pada hukum fardu ain pula baginya.
Posted by
Kalghari Network™
at
2:16 PM
0
comments
Labels: At-Tuhfah As-Saniah
Home
Welcome to Kalghari Nahu Tutorials
Selamat Mempelajari Ilmu Nahu!
Posted by
Kalghari Network™
at
11:04 AM
0
comments
Labels: Welcome