Tuesday, May 27, 2008

At-Tuhfah As-Saniah : Bab Jenis-Jenis Kalam

[Jenis-jenis Kalam]

Berkata Ibnu Ajurrum:


(واقسامه ثلاثة : اسم ، وفعل ، وحرف جاء لمعنى)


Adapun kalam itu terbahagi ianya kepada 3 : isim (kata nama), feel (kata kerja), dan harf (huruf) yang datang dengan makna.


Berkata Syeikh Muhammad Mahyuddin: Lafaz-lafaz yang telah digunakan oleh orang Arab dalam kalam mereka yang mana ianya disampaikan dan dipindahkan kepada kita, adalah kita sekarang ini sedang membicarakannya dalam perbualan-perbualan serta pembelajaran kita sehari-hari. Kita membacanya dalam kitab-kitab kita. Kita juga menulis dengannya kepada ahli keluarga kita, sahabat-sahabat kita, bahkan boleh dikatakan tidak terkecuali seorangpun daripada menggunakan salah satu daripada 3 unsur kalam ini iaitu: isim, feel dan harf.


Isim itu jika diperbincangkan maknanya daripada sudut bahasa adalah: apa-apa yang menunjuk kepada satu objek yang diberi nama. Jika dibincangkan ertinya daripada sudut istilah para Ulama Nahu pula membawa maksud: suatu kalimah yang menunjukkan makna pada identity dirinya sendiri serta ianya tidaklah dikaitkan dengan had masa. Seperti contoh:


محمد (Muhammadun)

على (Aliyyun)

رجل (rajulun – seorang lelaki)

جمل (jamalun – unta)

نهر (nahrun – siang)

تفاحة (tuffahatun – epal)

ليمونة (laimunatun – lemon)

عصا (ason – tongkat)


maka setiap daripada contoh yang tersebut diatas menunjukkan atas makna diri masing-masing dan tiadalah dihadkan masa-masa tertentu yang menyertai isim tersebut pada maknanya. Maka jadilah ia sebagai isim.


Adapun feel itu pula jika ditakrifkan dari segi bahasa membawa erti: satu peristiwa. Jika ditakrifkan dari segi istilah Ulama Nahu pula membawa pengertian: suatu kalimah yang menunjukkan makna pada identity dirinya sendiri serta ianya dikaitkan dengan salah satu daripada 3 had masa iaitu – yang telahpun berlaku, yang sedang berlaku mahupun yang akan berlaku dimasa akan datang. Contohnya:


كتب (kataba – dia telahpun menulis) sesungguhnya ia adalah kalimah yang menunjukkan makna pada dirinya sendiri iaitu perbuatan menulis itu sendiri. Dan makna ini disertakan pula dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini telahpun berlaku.


يكتب (yaktubu – dia sedang menulis atau akan menulis) kalimah ini menunjukkan makna pada dirinya juga iaitu perbuatan menulis itu juga. Dan makna ini juga disertakan dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini sedang atau akan berlaku.


اكتب (uktub – tulislah) ia adalah kalimah yang menunjukkan makna pada dirinya juga iaitu perbuatan menulis juga. Dan maknanya disertakan dengan had masa iaitu perbuatan menulis ini akan berlaku di masa akan datang iaitu di zaman selepas berlakunya percakapan ataupun suruhan itu.

Contoh lain bagi lafaz-lafaz seperti ini:


نصر - ينصر- انصر (nasara – yansuru – unsur) (dia telah membantu – dia sedang membantu – bantulah)

فهم – يفهم – افهم (fahima – yafhamu – ifham) (dia telah faham – dia sedang faham – fahamlah)

علم – يعلم – اعلم (alima – ya’lamu – i’lam) (dia telah tahu – dia sedang tahu – ketahuilah)

جلس – يجلس – اجلس (jalasa – yajlisu – ijlis) (dia telah duduk – dia sedang duduk – duduklah)

ضرب – يضرب – اضرب (dharaba – yadhribu – idhrib) (dia telah memukul – dia sedang memukul – pukullah)


Feel itu pula terbahagi kepada 3 jenis: Madi (yang telah berlaku), Mudhari’ (yang sedang atau akan berlaku), Amar (suruhan)


Adapun madi itu bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang berlaku pada masa sebelum berlakunya percakapan. Contohnya:


كتب (kataba - dia telah menulis)

فهم (fahima - dia telah faham)

خرج (kharaja - dia telah keluar)

سمع (sami’a - dia telah mendengar)

ابصر (absoro - dia telah melihat)

استغفر (istaghfara - dia telah memohon ampun)

اشترك (ishtaraka - dia telah menyertai)


Adapun mudarik itu pula bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang berlaku pada masa berlakunya percakapan ataupun yang berlaku selepasnya. Contohnya:


يكتب (yaktubu - dia sedang atau akan menulis)

يفهم (yafhamu - dia sedang atau akan faham)

يخرج (yakhruju - dia sedang atau akan keluar)

يسمع (yasma’u - dia sedang atau akan mendengar)

ينصر (yansuru - dia sedang atau akan membantu)

يتكلم (yatakallamu - dia sedang atau akan bercakap)

يستغفر (yastaghfiru - dia sedang atau akan memohon ampun)

يشترك (yashtariku - dia sedang atau akan menyertai)


Manakala amar pula bermaksud: apa yang menunjukkan peristiwa yang dituntut untuk melakukannya selepas berlakunya percakapan. Contohnya:


اكتب (uktub – tulislah)

افهم (ifham – fahamilah)

اخرج (ukhruj – keluarlah)

اسمع (isma’ – dengarlah)

انصر (unsur – tolonglah)

استغفر (istaghfir – minta ampunlah)

اشترك (ishtarik – sertailah)


Huruf pula jika dibincangkan maknanya dari sudut bahasa adalah bermaksud: tepi. Dan maksudnya dari segi istilah yang telah diletakkan oleh Ulama Nahu pula adalah: suatu kalimah yang membawa makna hanya jika disertakan bersama dengan kalimah lain. Contohnya:


من (min) ia adalah satu lafaz yang menunjukkan makna iaitu permulaan. Dan makna ini tidaklah lengkap sehinggalah dikumpulkan bersamanya kalimah lain. Maka kamu akan mengatakan seperti contoh:


ذهبت من البيت (zahabtu minal bait – aku telah pergi bermula dari rumah)


Contoh-contoh isim:


كتاب (kitabun - buku(

قلم (qalamun - pen)

دواة (dawatun – bekas dakwat)

كراسة (kurrasatun – buku tulis)

جريدة (jaridatun – suratkhabar)

خليل (Khalil)

صالح (Solih)

عمران (Imran)

ورقة (waraqatun – kertas)

سبع (sabu’un – seekor binatang buas)

حمار (himarun – keldai)

ذئب (zi’bun – serigala)

فهد (fahdun – harimau bintang)

نمر (namirun – harimau)

ليمونة (laimunatun – lemon)

برتقالة (burtuqalatun – oren)

كمثراة (kummathratun – buah pear)

نرجسة (narjisatun – bunga narcisus)

وردة (wardatun – bunga mawar)

هؤلاء (ha’ula’i – semua ini)

انتم (antum – kamu semua)


Contoh-contoh feel:

سافر يسافر سافر (safara – yusafiru – safir) (dia telah bermusafir – dia sedang bermusafir – bermusafirlah)

قال يقول قل (qala – yaqulu – qul) (dia telah berkata – dia sedang berkata – katalah)

أمن يأمن إيمن (amina – ya’manu – iman) (dia telah percaya – dia sedang percaya – percayalah)

رضي يرضى ارض (radhiya – yardha – ardha) (dia telah meredhai – dia sedang meredhai – redhalah)

صدق يصدق اصدق (sadaqa – yasduqu – usduq) (dia telah benar – dia sedang benar – benarlah)

اجتهد يجتهد اجتهد (ijtahada – yajtahidu – ijtahid) (dia telah bersungguh-sungguh – dia sedang bersungguh-sungguh – bersungguh-sungguhlah)

استغفر يستغفر استغفر (istaghfara – yastaghfiru – istaghfir) (dia telah memohon ampun – dia sedang memohon ampun – memohon ampunlah)


Contoh-contoh harf:

من daripada

الى kepada

عن tentang

على atas

إلا kecuali

لكن tetapi

إن (inna) sesungguhnya

أن (an) bahawa

بلى ya

بل bahkan

قد telah

سوف akan

حتى sehingga

لم tidak

لا tidak

لن tidak sekali-kali

لو kalau

لما ketika @ belum

لعل moga-moga

ما apa

لات tidak @ tiada

ليت harap-harap

إن (in) kalau

ثم kemudian

او atau

At-Tuhfah As-Saniah : Bab Kalam

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Telah berkata pengarang matan Al-Ajrumiah iaitu Abu Abdillah bin Muhammad bin Daud As-Sonhaji yang lebih dikenali dengan gelaran Ibnu Ajurrum. Beliau dilahirkan pada tahun 672H dan meninggal pada tahun 723H. Semoga Allah Taala Merahmatinya.


Berkata Ibnu Ajurrum:


(الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع)


Kalam itu adalah suatu lafaz yang terdiri daripada beberapa kalimah yang membawa faedah dan telah diletakkan kaedahnya dalam bahasa Arab.


Berkata Syeikh Muhammad Mahyuddin Abdul Hamid pengarang kitab Tuhfatussaniah syarah kepada matan Al-Ajrumiah: lafaz (kalam) itu membawa kepada dua makna. yang pertama dari segi bahasa dan yang kedua dari segi nahu.


Kalam dari segi bahasa adalah satu ibarat tentang apa yang kamu akan dapat faedah disebabkan olehnya. samada ianya adalah berbentuk lafaz, ataupun bukan lafaz seperti garisan, tulisan dan isyarat.*


*Jika seseorang mengatakan kepada kamu: adakah kamu telah mendatangkan kepada aku kitab yang telah aku minta ianya daripadamu? Maka kamu akan mengisyaratkan kepadanya dengan menganggukkan kepalamu. Maka isyarat tersebut difahami bahawasanya kamu mengatakan kepadanya (naam) (ya)


Adapun kalam dari segi nahunya adalah tidak boleh tidak ianya mestilah disertai padanya 4 perkara:

1. Ia mestilah merupakan sebuah lafaz.
2. Ia mestilah 'murakab' - terdiri daripada dua perkataan atau lebih.
3. Ia mestilah memberi faedah.
4. Ia mestilah telah diletakkan kaedah dengan kaedah Arab


Apa yang dimaksudkan dengan ianya mestilah merupakan sebuah lafaz: iaitu ia mestilah merupakan suara yang mengandungi gabungan daripada beberapa huruf hija'iyah yang bermula daripada alif dan berakhir dengan ya. contohnya:

(أحمد) (Ahmad),
(يكتب) (yaktubu - dia sedang menulis) ,
(سعيد) (Said)

ketiga-tiga contoh ini apabila disebut menjadikan ia satu suara yang mengandungi 4 huruf hija'iyah. Maka sesuatu isyarat contohnya tidak akan dinamakan sebagai kalam disisi para ulama Nahu kerana ia tidak mengandungi suara atau bunyi yang menggabungkan huruf-huruf hija'iyah tadi. Jika mahu menamakan isyarat tersebut sebagai kalam, perlulah ianya mempunyai faedah yang akan didapati dengannya.


Apa yang dimaksudkan dengan ianya mestilah murakab: iaitu ia mestilah terdiri daripada dua kalimah atau lebih. sebagai contoh:

(محمد مسافر) (Muhammadun musafirun - Muhammad itu adalah seorang yang sedang bermusafir),
(العلم نافع) (al-ilmu nafi'un - ilmu itu adalah sesuatu yang memberi manfaat),
(يبلغ المجتهد المجد) (yablughu al-mujtahidu al-majda - mujtahid itu sampai kemuliaan padanya),
((لكل مجتهد نصييب (likulli mujtahidin nasibun – bagi setiap orang yang berjihad itu ada bahagian masing-masing),
العلم خير ما تسعى إليه ) ) (al-ilmu khairu ma tas’a ilaihi – ilmu itu adalah kebaikan yang kamu usahakan terhadapnya)


Maka setiap contoh yang telah disebutkan diatas dinamakan sebagai kalam. Dan setiap ibarat tersebut ianya terdiri daripada dua kalimah atau lebih. Satu kalimah bersendirian tidak dinamakan sebagai kalam disisi para ulama Nahu kecuali jika disertakan yang lain bersama-samanya; samada ianya disertakan secara haqiqatan seperti contoh-contoh diatas, mahupun yang disertakan secara taqdiran seperti contoh jika seseorang mengatakan kepada kamu: siapa saudara kamu? Maka kamu akan berkata: Muhammad. Maka kalimah yang satu ini dikira sebagai kalam kerana ditaqdirkan ayat sebenarnya: Muhammad itu saudaraku. Yang mana dalam pentaqdiran itu jumlah kalimah sebenar adalah tiga. Maka ia diiktibar sebagai kalam.


Yang dimaksudkan dengan ianya mestilah memberi faedah: iaitu bagusnya tempat berhenti orang yang berkata itu apabila ia diam dihujung kalamnya. Yang mana seorang pendengar itu tidak akan tertunggu-tunggu dengan apakah yang akan dikatakan seterusnya oleh orang yang berkata.
Seperti contoh: jika kamu mengatakan: ((اذا حضر الاستاذ (iza hadara al-ustazu – apabila datang ustaz itu) ia tidak dinamakan sebagai kalam. Walaupun ianya murakab – terdiri daripada 3 kalimah. Ini adalah kerana pendengar yang mendengarkan ucapan tersebut akan ternanti-nanti apakah yang akan dikatakan oleh orang yang berkata tentang apa yang akan berlaku dengan kehadiran ustaz tersebut.


Apabila kamu mengatakan: ((اذا حضر الاستاذ انصت التلاميذ (iza hadara al-ustazu ansota at-talamiz – apabila datang ustaz itu maka pelajar-pelajar pun diam) ianya dikatakan sebagai kalam kerana memberikan faedah.


Yang dimaksudkan dengan ianya mestilah telah diletakkan kaedah dengan kaedah Arab: iaitu lafaz tersebut mestilah digunapakai dalam kalam daripada lafaz-lafaz yang telah diletakkan oleh orang-orang Arab untuk menunjukkan sesuatu makna daripada makna-makna yang mereka maksudkan.


Sebagai contoh:

(حضر) adalah kalimah yang digunapakai oleh orang Arab dalam membawa makna telah datang – telah berlaku sebelumnya.
(محمد) adalah kalimah yang digunapakai oleh orang Arab dalam membawa makna zat seseorang individu yang dinamakan dengan nama tersebut.
Dan jika kamu mengatakan: (حضر محمد) kamu telahpun menggunakan dua kalimah yang mana kedua-duanya telah digunapakai oleh orang Arab.
Terdapat pula perbezaan jika kamu mengatakan dengan kalam yang telah diletakkan ataupun digunapakai oleh orang bukan Arab ataupun a’jam.
Seperti contoh: (الفرس), (الترك), (البربر), (الفرنج) adalah kalimah-kalimah ini tidak dinamakan sebagai kalam disisi ulama Bahasa Arab sebaliknya ia diiktibar sebagai kalam oleh ahli bahasa-bahasa yang lain.


Contoh-contoh kalam yang mencukupi syarat:
(الجو صحو) (al-jawwu sohwun – cuaca cerah tidak berawan)
(البستان مثمر) (al-bustanu muthmirun – kebun itu berbuah)
(الهلال ساطع) (al-hilalu sati’un – anak bulan itu terang benderang)
(السماء صافية) (as-sama’u sofiatun – langit itu bersih cerah)
(يضيء القمر ليلا) (yudi’u al-qamaru lailan – bulan itu menerangi malam)
(ينجح المجتهد) (yanjahu al-mujtahidu – akan berjaya orang yang bersungguh)
(لا يفلح الكسول) (la yuflihul kasul – orang yang sentiasa malas tidak akan berjaya)
(لا اله الا الله) (la ilaha illallah – tiada Tuhan selain Allah)
(محمد صفوة المرسلين) (Muhammadun sofwatul mursalina – Muhammad itu Rasul pilihan)
(الله ربنا) (Allahu Rabbuna – Allah itu Tuhan kami)
(محمد نبينا) (Muhammadun Nabiyyuna – Muhammad itu Nabi kami)


Contoh-contoh lafaz mufrad:
(محمد) (Muhammad)
(علي) (Ali)
(ابراهيم) (Ibrahim)
(قام) (Dia telah berdiri)
(من) (daripada)


Contoh-contoh lafaz murakab yang tidak membawa faedah:
(bandar iskandariah) (مدينة الاسكندرية)
(hamba Allah) (عبد الله)
(Hadaramaut - nama tempat) (حضرموت)
(jika manusia berlaku adil) (لو انصف الناس)
(apabila datang musim sejuk) (اذا جاء الشتاء)
(bagaimanapun orang yang bermuka-muka itu menyembunyikan) (مهما اخفى المرائي)
(إن طلعت الشمس)
(jika terbit matahari)

At-Tuhfah As-Saniah : Muqaddimah

InsyaAllah ruangan tutorial Nahu Bahasa Arab ini akan dikendalikan oleh Ust Muhammad Fahmi Al-Banjari. Beliau akan menterjemahkan salah sebuah kitab Nahu yang diberi nama "Tuhfatussaniah" syarah kepada matan Al-Ajrumiah karangan Syeikh Muhammad Mahyuddin Abdul Hamid. InsyaAllah biiznillah ruangan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut kelapangan masa penterjemah untuk menterjemah.

[Muqaddimah]
Apa itu Nahu?

Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi bahasa dalam Bahasa Arab membawa pelbagai maksud. Antaranya:
1. Nahu membawa maksud arah. Jika kita mengatakan (ذهبت نحو فلان) (zahabtu nahwa fulanin) ia akan membawa maksud aku telahpun pergi kearah si fulan itu.
2. Nahu membawa maksud seperti atau menyerupai. Jika kita mengatakan (محمد نحو علي) (Muhammadun nahwu Aliyyun) ia akan membawa maksud Muhammad itu seperti Ali atau menyerupainya.

Kalimah "Nahu" jika dibincangkan dari segi istilah yang telah diletakkan oleh Ulama dalam Qawaid Bahasa Arab pula adalah (Suatu ilmu tentang kaedah-kaedah yang mana dengan kaedah-kaedah tersebut diketahui hukum-hukum yang perlu diletakkan di setiap akhir kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab dari segi susunannya - yang terdiri daripada i'rab dan bina' dan apa2 yang mengikuti keduanya)

Apa tajuk@skop perbincangan ilmu Nahu?

Skop perbincangan ilmu Nahu adalah berkaitan dengan kalimah-kalimah atau perkataan-perkataan dalam Bahasa Arab. Adapun perkataan-perkataan dalam Bahasa Perancis, Bahasa Inggeris, Bahasa Banjar, Bahasa Siam, Bahasa Jawa dan seluruh bahasa lain yang wujud di alam yang fana ini tidaklah diperbincangkan dalam ilmu Nahu.

Apakah faedahnya mempelajari ilmu Nahu?

1. Menjaga lisan daripada tersalah ketika berkata-kata dalam kalam Bahasa Arab.
2. Memahami Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith As-Syarif dengan kefahaman yang sahih. Yang mana kedua-dua ini adalah sumber usul syariah Islamiah dan diatas kedua-dua sumber inilah terdirinya syariah Islamiah tersebut.

Kepada apakah dinisbahkan ilmu Nahu ini?

Ilmu Nahu ini dinisbahkan ianya salah satu daripada ilmu-ilmu Bahasa Arab.

Siapakah pengasas ilmu Nahu?

Terdapat banyak pendapat yang meriwayatkan tentang siapakah yang dikatakan sebagai pengasas ilmu Nahu. Namun, pendapat yang paling masyhur bagi yang terawal sekali yang mengasaskan ilmu Nahu adalah Abu Aswad Ad-Du'ali setelah diarahkan penyusunan ilmu tersebut oleh Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib Radhiallahu Anhuma.

Apakah hukum mempelajari ilmu Nahu?

Adapun mempelajari ilmu Nahu itu hukumnya adalah fardu kifayah. akan tetapi jika seorang sahaja yang tinggal untuk mempelajarinya maka ianya akan jatuh pada hukum fardu ain pula baginya.

Home

Welcome to Kalghari Nahu Tutorials
Selamat Mempelajari Ilmu Nahu!